|
 |
Periksa
air bateri. Pastikan air bateri cukup iaitu paras airnya mesti merendam
keseluruhan plat-plat bateri. |
|
 |
Tak
boleh hidup... cuba periksa kepala bateri pula. Pastikan tak berkarat(keladak
putih) dan ketat. Kalau berkarat, buka kepala bateri, kikis karat dengan
kertas pasir/screw driver, lepas tu pasang balik dengan ketat. |
|
 |
Tak
boleh juga.... cuba tengok air radiator. Kalau kering tambahkan. |
|
 |
Tak
mau jugak! Periksa spark plug. Kalau bergelumang dengan minyak, bersihkan.
Kalau dah teruk kotornya dan dah lama pula tak ditukar....maka tukarlah
dengan yang baru. |
|
 |
Tak
jalan jugak! Cuba periksa "coil".Kalau coil panas, itu la sebabnya kereta
tak boleh hidup. Sebabnya dalam keadaan normal coil mesti sejuk. Tunggu
ia sejuk dan hidupkan kereta. Jika kereta boleh hidup, pergi ke mekanik
terdekat dan tukar coil sebelum kereta anda break down lagi. |
|
 |
Coil
tak panas tapi tak boleh hidup jugak....Maknanya kondenser rosak. Pegi
la tukar kondenser. |
|
 |
Akhir
sekali kereta boleh dihidupkan tetapi bila tekan aje minyak...terus tersengguk-sengguk
dan mati. Ha! yang ini kemungkinan besar "fuel filter" punya masalah. Sila
rujuk tajuk "fuel filter" |