Air Bateri
Perhatikan:
 
paras air bateri sentiasa berada di antara tahap "upper" dan "lower"
pastikan paras air bateri sama dalam setiap lubang air bateri.(buka keenam-enam penutup bateri dan lihat)
pastikan lubang(sebesar lidi) pada setiap penutup tidak tersumbat.
jangan tambah air bateri semasa bateri sedang panas.

Kesan dan Akibat:
 
paras air bateri kurang daripada "lower" akan merosakkan plat bateri.
paras melebihi "upper" boleh menyebabkan bateri meletup semasa enjin panas kerana tiada ruang udara yang cukup dalam bateri.
lubang pada penutup bateri tersumbat boleh mengakibatkan bateri meletup semasa enjin panas.

Menggunakan Jumper:
 
jumper digunakan untuk membantu menghidupkan kereta lain yang baterinya lemah/rosak.
wayar jumper disambung daripada bateri kereta kita ke bateri kereta yang rosak.
sebelum membantu kereta lain, pastikan dahulu keupayaan bateri kereta kita.
lihat keupayaan arus elektrik yang tertulis pada badan bateri. Biasanya anda akan menjumpai angka 40Z.
Jangan bantu kereta lain yang mempunyai keupayaan bateri melebihi keupayaan bateri kita.
Contoh:

Keupayaan Bateri Kita Keupayaan Bateri Lain Boleh/Tidak Boleh Bantu
40Z 40Z Boleh
40Z 60Z Tidak Boleh
60Z 40Z Boleh

Menu Utama