Radiator

"KATAKAN KERETA ANDA BREAKDOWN DI TENGAH PERJALANAN KERANA AIR RADIATOR KERING ATAU RADIATOR BOCOR........JANGAN MENAMBAH AIR DALAM RADIATOR SEMASA ENJIN SEDANG PANAS. SABAR SELAMA 20-30 MINIT. KESABARAN ANDA BERBALOI KERANA JIKA ANDA GOPOH DAN TERLALU CEPAT MEMASUKKAN AIR ANDA MUNGKIN TERPAKSA MENGELUARKAN DUIT LEBIH UNTUK ENJIN PULA..........

NAK TAU SEBAB APA.......SEBABNYA ENJIN BOLEH RETAK JIKA KITA MEMASUKKAN AIR RADIATOR SEMASA ENJIN TERLALU PANAS!!! 

Perhatikan:
 
Paras air dalam radiator sentiasa penuh.
Paras air dalam tangki sokongan (tangki plastik berwarna putih) mestilah diisi separuh sahaja (50%)
Air dalam radiator tidak berkarat. Warna air yang normal ialah merah atau hijau bergantung kepada jenis coolant yang digunakan.
Tukar "coolant" setiap 40 000km atau 2 tahun sekali.

Cara Menukar "Coolant":
 
Tunggu enjin sejuk
Buka skru di bawah radiator untuk keluarkan semua air
Tutup semula skru
Masukkan "coolant"
Kemudian masukkan air sehingga penuh
Tunggu! Jangan tutup radiator dahulu. Hidupkan enjin kereta.
Anda akan lihat paras air menurun kerana air disedut kebawah.
Isi lagi air sehingga penuh.
Kemudian isi air pada tangki sokongan -- separuh sahaja.

Apabila Membeli Kereta Terpakai:
 
Kebanyakan kereta terpakai model lama tidak memakai "coolant"
Adalah baik memakai "coolant" untuk memanjangkan hayat radiator
Tukar air dan masukkan "coolant" seperti yang telah diterangkan dalam cara menukar "coolant" di atas
Periksa semula selepas 3 hari. Jika air radiator berkarat, tukar coolant yang baru sekali lagi.
Seelok-eloknya tukar coolant lagi setelah 2 minggu supaya semua karat-karat dalam radiator benar-benar dapat dibersihkan.

Kesan dan Akibat:


Jika memakai "coolant" , anda cuma perlu melabur RM30.00 sahaja. Tetapi jika anda tidak memakainya, setelah 2 tahun anda terpaksa mengeluarkan belanja 10 kali ganda untuk menukar radiator yang telah berkarat.
Menggunakan "'coolant" dapat memanjangkan hayat radiator kerana ia bertindak menghakis karat.

Menu Utama